Wednesday 25 May 2011

Kedamaian Sebuah Ucapan

TAHNIAH!
CONGRATS!
Sangat simple kan ayat tu?
Tapi ia cukup bermakna bila disampaikan dengan ikhlas dan tulus..
Terutamanya dari insan insan tersayang plus tercinta.. :)

Hari ni..
Aku dapat banyak ucapan tahniah..
Sempena kebangkitan aku dari "honeymoon" yang sangat panjang.. [over bajet gila]
Sebenarnya untuk result semester 4..
Saja nak menggedik lebih lebih.. [hehehe]

Mum : Tahniah..
Maintain supaya pointer tak jatuh lagi..
Dad : Kalau kamu buat elok elok dari awal, takda la jadi cenggini..
Si Dia : Tahniah!
Nak hadiah apa? [suka part nie]
BFF : Ok la tu..
Tahniah la weh..
Classmate : Congrats!
Nanti belanja aku makan.. [wahwahwah]

Pokoknya semuanya ucapan tahniah..
Emm, tak salah kan kalau sekali sekala bangga dengan titik peluh kita sendiri?
So, dengan bangganya nak bagitahu yang aku bangga dengan diri aku.. [hahaha]
Pada semua yang berjaya, "TAHNIAH!"
Pada yang kurang bernasib baik, "JANGAN JADIKAN KEGAGALAN ANDA PADA HARI INI TITIK PENAMAT UNTUK HARI ESOK"
Teruskan berusaha, anda pasti berjaya! :))


"Sekadar Berkongsi, Tak Perlu Terasa Hati.." =P

Kegembiraan Yang Dirasa


Tatkala 25 Mei 2011 menjengah, dengan lafaz Bismillah aku pun buka la page STUDENT PORTAL UiTM tu..
Yang buat aku terkejut beruk..
'Trafik' tak pula jam..
Laju je page tu terbukak.. [adoyaiii~]
Cuak pulak aku..

Perkara pertama yang aku memang nak sangat tengok dulu, mesti la kedudukan semua paper yang aku amek..
Dari kiri ke kanan, mata aku memang fokus kat situ je..
Sampai la mata aku tertancap pada perkataan "LULUS"..
Terus melekat..
Antara percaya dengan tidak..
Aku tengok ke bawah..
Semua menunjukkan lulus..
Alhamdulillah, aku tak salah tengok..
Memang semua lulus..
Apa tunggu lagi?
Aku pun melompat kegirangan..
Excited punya pasal la katakan..
Sampai adek aku yang dah tidur pun boleh terjaga.. [hehehe]
Aku siap hantar mesej kat bondaku yang tercinta lagi..
Habeh dah aku ketuk pintu tak buk abuka..
Jawabnya, sms je la kan..
Zaman dah berubah, dunia dah maju la! :D

Pertama sekali, syukur ke hadrat Illahi..
Atas limpah kurnia-Nya..
Kepada semua pensyarah..
TERIMA KASIH yang tak terhingga..
Moga Allah merahmati kehidupan kalian selamanya..
Tak lupa juga buat kedua dua ibu bapaku..
Yg tak putus putus memberikan kata kata semangat dan perangsang untukku..
Juga memberi sokongan kewangan.. [hohoho]
TERIMA KASIH juga buat teman teman seperjuangan..
Yang sentiasa membantu..
Yang sudi meluangkan masa berharga dan terluang..
Yang tak jemu jemu memberi tunjuk ajar..
Buat si dia, jutaan TERIMA KASIH atas sokonganmu..
Berhasil sangat cara kau off enset sepanjang malam supaya aku tumpukan perhatian pada stadi.. [marah betul aku masa tu]
And asyik membebel suruh aku stadi..
Mak aku pun tak bising macam kau, kau tau tak? [hahaha]
Tapi aku tahu kau buat semua tu demi kebaikan aku sendiri..
Sebab lepas tu, aku juga yang akan menikmati kejayaannya..
Kan sayang?
Love you so much! ^__^

TERIMA KASIH semua.. :)




"Sekadar Berkongsi, Tak Perlu Terasa Hati.." =P

Tuesday 24 May 2011

Debaran Kian Mencengkam

Dap dip dup..
Dap dip dup..
Dap dip dup..

For sure, tu la yang dirasakan oleh semua pelajar UiTM seluruh Malaysia..
Kan?
Sebab aku juga turut merasakan debaran itu..
Debaran menanti keputusan peperiksaan akhir semester dibuka untuk tatapan umum..

Rasa macam nak tercabut jantung jantung ni..
Nafas pun dah kian sesak..

Macam macam yang bersarang dalam kepala otak aku yang kecik ni..
Macam mana la result aku nanti eh?
Ok ke tidak?
Lulus semua ke ada subjek yg failed?
Mintak mintak la lulus semua.. [aaminnn]

Doakan eh korang semua? :)


"Sekadar Berkongsi, Tak Perlu Terasa Hati.." =P

Monday 16 May 2011

Hari Ini Hari Guru


Hari ni aku dengan kawan kawan batch aku pegi melawat sekolah lama kitorang..
Tempat yang dah lama kitorang tinggalkan tu.. [lama la sangat =P]
Almaklom la..
Hari ni kan sambutan hari guru diadakan..
So, niat dihati nak me"meriah"kan majlis la..
Plus, tanda sokongan dari kitorang yang pernah menjadi anak didik sekolah tu suatu masa dahulu..
Lagipun sejak aku tinggalkan sekolah tu aku, tak pernah lagi miss sambut hari guru kat sekolah tu..
Bekas pelajar yang baik la katakan.. :D
Yang buat aku bangga, cikgu cikgu still ingat nama kitorang..
Kitorang ni batch mana..
Hebat kan d0rang?  :)
 
Sebenarnya, nak cakap kitorang ni budak baik..
Sebab tu cikgu cikgu semua still ingat kitorang.. [hahaha]


Tempat  jatuh lagi dikenang..
Ni kan pulak tempat kita menimba ilmu.. [bajetbajet]

TERIMA KASIH cikgu..
Sebab tak jemu jemu mencurah khidmat bakti cikgu mendidik kit0rang semua..
Sampai kitorang semua merasa jadi budak U..
Jadi budak matrik..
Jadi budak poli..
Kalau tak sebab cikgu, kitorang tak jadi manusia.. [konon kononnya la]
TERIMA KASIH..
Jasamu dikenang selagi hayat dikandung badan..
Selagi belum terhentinya nadi..
Selagu nafas belum terhenti..

SAJAK GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

USMAN AWANG
1979

SELAMAT HARI GURU 2011
"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"



"Sekadar Berkongsi, Tak Perlu Terasa Hati.." =P

Sunday 8 May 2011

Mengenali Dunia Blogger

At last, ada la jugak aku blog ni.. [hohoho]
Setelah mengambil masa yang agak lama untuk berfikir.. [ramb0t pun dah panjang]
So, takda la nampak sangat ketinggalannya tu kan? [walaupun dah jauh tertinggal sebenarnya]

Nak dijadikan cerita..
Terpaksa la merangkak dari awal..
Orang lain dah berlari keliling dunia dah pun.. [yeke?]
Nak buat camna..
REDHO JE LA~ [hee]
Papa hal pun, belajar tetap belajar.. :)

Selepas beberapa ketika belajar nak buat blog yang cantek de bum plus kiut-miut, ni la hasilnya ::

CEBISAN LUAHAN RASA CORETAN HATI SANG PUTERI

Mesti korang tertanya tanya  kenapa panjang sangat kan?
Ni aku nak habaq pi kat hampa..
Sebab kat sini la segalanya akan TERcurah, TERtumpah, TERpercik..
Segala macam TER la senang cerita..
Tak payah la nak membebel cerita panjang lebar kan? [hehehe]

Special credit to ::
Muhammad Nazif [sebab sabar layan aku buat benda alah nie]
Cik Lyssa [tutorial dia banyak membantu aku menghasilkan blog yang menawan gila babeng] =P

p/s : Sorry naa kalau ada terkurang kat mana mana..
Almaklom la..
Saya nie kan budak baru belajar.. [ngehee] :)




"Sekadar Berkongsi, Tak Perlu Terasa Hati.." =P

Copyright (c) Hak Cipta Tak Terpelihara